Gadis dari Kelantan, Fatin Nuraisya telah dinobat gelaran 'Clever Girl pertama Malaysia' selepas berjaya memenangi rancangan realiti "Clever Girl Malaysia" musim pertama sekaligus menidakkan tiga pesaing lain.
Berikutan itu, Fatin telah membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi.
Manakala tempat kedua pula dimiliki oleh Arina Mohd Fairin Lum dari Selangor yang menerima wang tunai RM10,000.
Arina (Selangor) tewas di tangan Fatin (Kelantan) dalam pusingan akhir. |
Malah rancangan itu berbeza dari rancangan-rancangan realiti lain berikutan ia tidak menggunakan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) atau pun juri profesional, sebaliknya berdasarkan prestasi peserta menjawab soalan kuiz setiap minggu.
Finalis "Clever Girl Malaysia" musim pertama. |
Bagaimanapun, segala kritikan tersebut diambil positif oleh pihak produksi yang melakukan penambah baikkan sehingga ia kembali menarik perhatian penonton sehingga ke episod akhir.
Anda Mungkin Juga Suka:
Kontroversi rancangan "Clever Girl"