Penerbit, pengarah dan pelakon filem terkenal, Dato' Hans Isaac akhirnya mengumumkan bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas Miss Tourism International 2012, Miss Gabriella Robinson, 28.
Aktor berusia 46 itu bersama pasangannya telah memilih tarikh 29 Julai sebagai tarikh hari bahagia mereka. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Terdahulu, pengarah "Lemak Kampung Santan" ini memberitahu dia dan Gabriella telah mengikat tali pertunangan mereka pada 29 Januari lalu di Singapura.
Tahniah diucapkan kepada Dato' Hans Isaac dan bakal isterinya.
(Sumber foto: HLive Instagram)